Rabu, 3 Ogos 2011

Maaf. Aku hanya seorang 'loser'

Tempoh hari aku membuat permohonan untuk berlajar secara jarak jauh di sebuah IPT. Alhamdulillah, IPT tersebut memanggil aku untuk temuduga. Permohonan tersebut dibuat bukan kerana hendakkan segulung ijazah, tetapi kerana hendakkan ilmu yang bakal diperolehi jika aku diterima menjadi pelajar UiTM.

Lantas, ada seseorang bertanya aku, temuduga yang bakal aku hadiri itu untuk kursus apa?

Aku diam. Tidak berminat untuk memberitahu. Bukan hendak bersikap biadap, cuma aku rasa tiada gunanya. Aku tetap seorang loser pada matanya.

Maaf.

Rabu, 22 Jun 2011

Patut ke tidak?

Tiba-tiba rasa hendak berhenti kerja.

Patut ke?

*rasa bengang sebab tidak dapat muat naik gambar*

Selasa, 21 Jun 2011

Hinakah...?

Siapa tiada ‘degree’, maka dia adalah sangat hina. Dunia, begitu percaturannya ya? Maka begitu, aku ini sangatlah hina.


Miliki ijazah, maka hebatlah aku, begitu? Miliki ijazah, maka perniagaan yang aku usahakan dipandang mulia walaupun dinodai rezeki dengan rasuah dan riba, begitu? Miliki ijazah, maka mak bapak aku akan sanjung aku satu dunia, begitu? Miliki ijazah, maka secara automatik aku akan menjadi seorang anak yang baik hati dan pasti akan menjaga mak bapak aku yang sudah tua dengan senang hati sampai mereka mati, begitu?

Begitukah?

Wah! Kalau benar begitu, seronoknya mempunyai segulung (atau bergulung-gulung? Haha!!) kertas bernama ijazah.

Aku bukan ahli agama, tapi aku yakin memiliki ijazah semata-mata bukan penentu kita masuk SYURGA Tuhan.

Tapi, kalau kau sanjung sangat ijazah tu, mati nanti jangan lupa wasiatkan supaya (sekurang-kurangnya segulung pun jadilah) ijazah dikebumikan bersama jasad kaku kau, manalah tahu boleh membantu kau menjawab semua soalan malaikat di dalam kubur, tak begitu…?

Isnin, 20 Jun 2011

Teka teki teka tekok, kau rasa mahu mati dalam mangkuk?

Cis!!!

Apa dia ingat hidup aku pentas permainan teka-teki dia?

Berseri-seri? Pergi periksa mata oii!!

Semalam, mereka kata muka aku berseri-seri, macam orang yang bakal berkahwin - naik jenuh aku yakinkan mereka aku macam biasa cuma, mengapa perlu hairan? Hakikatnya di dalam hati aku ada suatu perasaan yang sukar digambarkan, atau.... mungkin kerana aku sendiri keliru.